top of page

Ketua-ketua Perang Turun Semenyih

  • Writer: Farid Ramli
    Farid Ramli
  • Feb 9, 2019
  • 2 min read

Updated: Feb 24, 2019

Setelah kejutan tewas di PRK Cameron Highland, Pakatan Harapan mencuba tawan Semenyih pula


ree


Semenyih yang biasanya lengang bertukar menjadi pusat aktiviti kerana kuasa-kuasa besar politik membuat lawatan mereka ke sini untuk memenangi kerusi negeri ini


"Bossku" bukanlah satu ancaman kepada peluang Pakatan Harapan untuk mengekalkan kerusi DUN Semenyih kerana orang ramai menyedari banyak skandal yang membabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Orang ramai tahu apa yang Najib lakukan, ini bukan soal kecil. Soal 1MDB satu dunia dah tahu. Saya di New York, di Toronto jumpa pelabur, jumpa umat Islam, semua bangkitkan terkejut mereka tentang penyalahgunaan kuasa dan rompakan yang berlaku” - Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR berkata skala besar skandal 1MDB akan menentang populariti baru Najib


Kehadiran Pucuk Pimpinan


Kehadiran pucuk pimpinan PKR semalam menyangkal dakwaan bahawa PKR dan DAP tidak menyokong sepenuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam pilihan raya kecil itu. Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Semenyih untuk acara rumah terbuka Chap Goh Meh pada waktu malam sebelum mengambil bahagian dalam siri ceramah di situ. Juga di bandar itu ialah Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.


Barisan Nasional juga sibuk, dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pusat perhatian, memanfaatkan popularitinya di sini. Dia telah menjadi fenomena media sosial dan terkenal dengan laungan "Bossku". Datuk Seri Najib, yang merupakan Ahli Parlimen Pekan, menarikperhatian ramai orang apabila dia membuat penampilannya.


Semalam tidaklah berbeza apabila Najib tiba di sini melalui stesen MRT Kajang dan menghabiskan waktu petang dengan penyokong India dan Cina dan peminat motosikal.Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut turun pada waktu petang.


Kerusi DUN Semenyih perlu melalui Pilihanraya Kecil selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Bakhtiar Mohd Nor dari Bersatu pada 11 Jan lepas. Bakhtiar memenangi kerusi untuk Pakatan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan 23,428 undi dan majoriti 8,964 undi terhadap lawannya.


Sekiranya Barisan menawan semula kerusi itu, ia akan mempunyai sejumlah lima wakil dalam dewan undangan negeri 56 kerusi Selangor. PAS, yang bekerjasama dengan Umno untuk memenangi kerusi itu, memegang satu kerusi di dewan undangan negeri.

Comments


bottom of page